Sabtu, 29 Ogos 2009

aku tak mengerti

assalamualaikum..
sekarang sudah seminggu berada dalam bulan ramadhan, bulan yang penuh keberkatan dan kerahmatan dari Allah. Permulaan ramadhan aku agak letih kerana si dia dikuarantin akibat daripada mengalami ILI atau demam panas. adku sendiri rasa bengang bila diberitahu bagaimana cara dikuarantin. Selain dari siswa dan siswi terpaksa berkongsi kolej yang sama, sistem pemeriksaan, makanan dan kebersihan terutamanya tidak sistematik. Tambahan para pelajar yang dikuarantin terpksa tunggu sehingga 7 hari baru dilepaskan walaupun peajar telah sihat sepenuhnya. Memandangkan kolej yang digunakan untuk kuarantin itu, dengan fasiliti yang tidak lengkap, para pelajar dibekalkan tilam, cadar dan bantal, tanpa sebarang katil, meje dan sebagainya. Ditambah dengan makanan yang tidak menyelerakan, aku yakin dan pasti, jika orang sihat diletak disitu, pasti akn jatuh sakit yang lebih teruk...

apa yang ingin diberitahu, jangan lah melakukan sesuatu hanya sekadar melepaskn diri atau sekadar syarat telah menjalankan tugas. Sepatutnya satu sistem kuarantin yang lebih efektif oatut dirancang dengan teliti dan pantas agar masalah seperti pelajr lari dari kuarantin tidak timbul...

Isnin, 20 Julai 2009

kecelaruan...

lama sudah tidak dapat mencoretkan segaa yang terpendam. Kini sudah 2 minggu semester bermula, namun pelbagai konflik serta konspirasi yang berlaku di kampus terutama mengenai pengurusan kolej yang boleh dispesifikasikan sebagai CELARU...

hari pertama kembali ke koej sudah pelbagai kekecohan berlaku. cubaanda bayangkan datang dengan penoh keyakinan kerana permohonan untuk menduduki kolej telah diluluskan secara atas talian, namun apabila tiba untuk mendaftar dengan bagasi yang menggunung disisi, tiba-tiba nama tidak tersenarai untuk penerima kunci bilik. masalah ini betul-betul membuatkan pelajar panas dan rasa berang dengan alasan pengurusan kerana memberi alasan kipas tidak diberihkan pada semester lepas. Ini benar-benar tindasan yang nyata pada pelajar.

Perkara ni benar-benar membuat pelajar bengang ditambah dengan majlis perwakilan pelajar yang cuma boneka pengurusan. Langsung tiada tempat pelajar bersuara. Selang beberapa hari kecoh pula mengenai insentif makan yang layak dipohon oleh semua pelajar diploma. hal ini benar-benar menjadi isu bermula dengan sistem atas talian atau on-line yang tidak berfungsi, ditambah pula dengan had gaji yang cuma Rm2000 kebawah tanpa mengambil kira bilangan tanggungan dan sebagainya.

Ke mana perginya hak istimewa orang Melayu. Kalau dulu kecoh apabila cadangan untuk menerima kaum lain belajar di Intitusi ini, namun mengapa tidak dijaga sebaiknya. Ke mana perginya segala peruntukan untuk keistimewaan serta kemudahan pelajar. Adakah lebih penting membina replika air terjun yang bernilai 2juta berbanding menyediakan kemudahan kolej untuk para pelajar....

fikir-fikirkan.. buka mata celikkan minda

Ahad, 21 Jun 2009

kembali

Telah jauh kau bawa hati ini,
Menjelajah seluruh pelusuk bumi,
Ke gunung didaki, ke lembah engkau turuni,
Untuk mencari sebuah erti,



Namun kedamaian yang engkau ingini,
Masih jua tiada engkau temui,
Segalanya sirna tiada berseri,
Terdampar diri dilorong sepi,



Tapi pabila engkau mendekati diri-Nya,
Seakan resa semangat baru,
Kekosongan jiwa yang pernah engkau alami,
Kini disinari kasih-Nya,

oo..

janganlah Kau memalingkan hatiku ini,
setelah kau berikan nikmat dan hidayahmu,
aku ingin rasa ini kekal selamanya,
hingga saat aku bertemu-Mu,

kaulah yang maha pengasih…….

Sabtu, 20 Jun 2009

malu nak tegur...

Ramai orang mengatakan belum cukup ilmu apabila ditanyakan mengapa tidak menegur orang yang berbuat salah. Tidak kurang juga yang mengatakan diri sendiri belum baik, mengapa perlu menegur orang lain. Bahkan ada juga yang mengatakan perlu apa menjaga tepi kain orang, tak perlu jadi 'busy body'. Adakah kita semakin menjadi manusia yang individualistik? Amat mementingkan diri sendiri? Dan banyak lagi alasan lain untuk tidak menegur.Barangkali sifat merendah diri atau memikirkan kelemahan dan kekurangan diri menjadikan kita tidak yakin dan akhirnya meninggalkan usaha mengajak kebaikan.

Persepsi Diri Yang Salah

Ada di antara kita yang memandang zaman ini menegur orang biarlah kepada mereka yang ber'authoriti'. Serahkan sahaja pada pak imam, ustaz atau ustazah. Ada yang berpendapat untuk menegur orang lain diri perlu menjadi maksum seperti nabi Muhammad s.a.w. Malu dengan latar belakang keluarga yang tidak sempurna didikan agama.


Kewajipan Nasihat Menasihati Bukanlah Untuk Orang Tertentu

Sudilah memberi teguran yang baik dan berhikmah, kerana tanpanya manusia akan selalu terbabas. Fitrah manusia yang selalu lupa dan terburu-buru, seringkali diruntun oleh gelodak nafsu. Berbanggalah diri sebagai seorang Islam, menjadikan kita ini sebahagian dari masyarakat yang membentuk manusia dari dalam dan luaran. Jika berdiam sahaja melihat buasnya dunia meladeni manusia, alamat kita sedang menuju kehancuran. Bukan sahaja melibatkan perhubungan sesama manusia, bahkan menyebarkan barah kepada bidang ekonomi, politik, pendidikan dan akhirnya diri sendiri. Terlalu mengharapkan orang lain kadangkala hanya meninggalkan harapan sahaja. Allah memberitahu di dalam al Quran yang bererti, hendaklah ada sebahagian dari golongan yang menyeru kepada kebaikan dan melarang kepada kemungkaran. Mereka itulah orang yang berjaya. (Surah Ali Imran : 104)

Golongan yang disebutkan menurut Dr Abdul Karim Zaidan di dalam bukunya Usul Ad-Dakwah; adalah orang Islam itu sendiri. Kita adalah umat yang terbaik yang lahir dari kelompok manusia wajib untuk mengajak kepada kebajikan dan mencegah kemungkaran. Hukumnya sudah menjadi wajib pada masa kini kerana golongan yang menegur itu semakin mengecil jumlahnya. Menasihati bukan satu cara sahaja. Mereka yang rugi antaranya adalah yang tidak mahu berpesan-pesan kepada perkara kesabaran dan kebenaran. Tidak perlu dengan mengeluarkan hadith atau ayat al Quran yang kadangkala mad's(orang yang ditegur/didakwah) pun tidak tercapai akalnya hendak menerima kerana mereka sendiri jahil mengenainya.

Seorang muslim yang hebat mempunyai daya pemikiran yang kretif dan mempunyai semangat yang tidak putus-putus untuk mengajak manusia kepada kebaikan. Ada daya dengan tangan, maka penyampaian nasihat melalui tulisan atau lukisan. Menyentuh hati kadangkala lebih berjaya dengan diri kita yang menunjukkan kebaikan. Sentiasa bermanis muka, tersenyum, tidak mudah marah, suka menolong dan tidak celupar ketika menutur kata.

Allah melihat usaha kita

Pastinya, Allah tidak melihat kepada natijah kepada usaha kita. Maka, marilah nasihat-menasihati sesama kita kerana tiada kerugian dalam melaksanakan amar ma'ruf dan nahi munkar.

Jumaat, 19 Jun 2009

ALLAH, Rabb Sekalian Alam

(Dipetik dari engineer faridul farhan )


Saya bukanlah ustaz, apa lagi mufti. Tidak layak mengeluarkan fatwa, apa lagi berijtihad sendiri. Namun, berdasarkan kaedah atau prinsip atau “rumus” umum dalam syariat –semisal rumus umum dalam bidang elektrik adalah V=IR – maka kaedah itu menyatakan “semua perkara adalah harus/ halal selagi tiada dalil yang mengharamkan.”

Nah, berdasarkan kaedah umum ini, begitu anda ditanya apakah hukum makanan sekian-sekian, perkara sekian-sekian, dan lain sebagainya, yang harus anda lakukan adalah pertama sekali menganggapnya halal/ harus, barulah menyemak sama ada ada dalil yang membawa kepada keharamannya.

Berdasarkan kaedah ini, mari kita semak, atau komentar, tentang kontroversi penggunaan istilah “ALLAH” oleh orang Kristian umumnya, dan akhbar Herald khususnya. Sekali lagi, saya bukanlah orangnya yang boleh mengatakan “boleh” “tidak boleh” terhadap isu ini, tetapi saya sekadar memberikan pendapat sekaligus pertanyaan, yang mungkin boleh difikirkan bersama-sama oleh para mufti, atau majlis fatwa kebangsaan, atau siapa sahaja yang berkelayakan mengeluarkan hukum, atau “perasan” bahawa dialah orang yang paling benar dalam mengeluarkan hukum.

Pertanyaan saya yang pertama, benarkah istilah atau nama “ALLAH” hanya dikenali oleh umat Islam semata-mata? Di dalam Holy Bible yang diterbitkan dan diedarkan secara percuma oleh The Gideons International, di bahagian awal Bible itu, dengan penuh bangganya mereka mengatakan bahawa Bible ini sudah diterjemahkan ke dalam 1100 bahasa, seraya memberi contoh ayat John 3:16 berbunyi “For God so loved the world that He gave His only begotten Son…” Di dalam bahasa Arab, ayat ini diterjemahkan menjadi “Li annahu hakadza ahabbaLLAHul ‘alam jatta badzalab nahu…”

Nah, perhatikan, istilah “God” atau “Tuhan”, begitu Bible diterjemahkan ke dalam bahasa Arab, perkataan itu diterjemahkan menjadi “ALLAH.” Lalu, saya ulang kembali soalan saya tadi, benarkah hanya umat Islam mengenali atau mengguna pakai nama ALLAH?

Persoalan kedua, apakah hanya Herald, atau umat Kristian di Malaysia, atau umat Kristian abad kini, yang menggunakan istilah ALLAH sebagai merujuk kepada Tuhan mereka? Bukankah ALLAH SWT telah menjelaskan masalah ini 1400 tahun dahulu di dalam kalamNya:-

وَقَالَتِ الْيَهُودُ عُزَيْرٌ ابْنُ اللَّهِ وَقَالَتِ النَّصَارَى الْمَسِيحُ ابْنُ اللَّهِ ۖ ذَٰلِكَ قَوْلُهُمْ بِأَفْوَاهِهِمْ ۖ يُضَاهِئُونَ قَوْلَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ قَبْلُ ۚ قَاتَلَهُمُ اللَّهُ ۚ أَنَّىٰ يُؤْفَكُونَ

“Dan orang-orang Yahudi berkata: Uzair ialah anak Allah dan orang-orang Nasrani berkata: Al-Masih ialah anak Allah. Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?” (SUrah at-Taubah [9]:30)


Ternyata, berdasarkan ayat al-Quran ini, bukan sahaja umat Kristian, bahkan umat Yahudi pun telah dirakamkan oleh ALLAH sendiri menggunakan nama Diri-Nya, dengan segala macam kesalahan, penyelewangan dan ketidak benaran. Tetap sahaja, biar pun ALLAH, Rasul dan orang beriman seluruhnya sudah maklum akan hal ini, tidak pula kita menjumpai ayat al-Quran, atau belum lagi saya bertemu hadith Nabi SAW, yang kemudiannya menyuruh kita orang beriman untuk menghalang orang Yahudi mahu pun Kristian daripada menggunakan nama ALLAH. Bahkan ALLAH –di dalam ayat yang lain- bahkan menganjurkan, atau –berdasarkan pengunaan kalimah “qul” “katakan” yang merupakan fi’il amar- mengarahkan, agar begitu kita berbahas dengan ahli kitab, antara titik temu yang ingin kita sama-sama capai, ialah kita menyembah, mengabdi diri hanya pada ALLAH, tanpa menyekutukan Dia dengan siapa pun. Bagaimana mungkin ahli kitab bertemu dan bersetuju dengan kita dalam hal ini, andai mereka sendiri tidak kenal siapa itu ALLAH?

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَىٰ كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلَّا نَعْبُدَ إِلَّا اللَّهَ وَلَا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلَا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ ۚ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُولُوا اشْهَدُوا بِأَنَّا مُسْلِمُونَ

“Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah. Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam.” (Surah ali Imran [3]:64)

Ketiga, andainya menggapai maslahat dan menolak mafsadat (mudharat) menjadi hujahnya, saya kurang bersetuju dengan pandangan ini. Benarkah dengan sekadar menghalang penerbitan Kristian daripada menggunakan kalimah ALLAH sudah cukup untuk mengelak orang Melayu daripada murtad? Benarkah kerana istilah ALLAH ini sebab dan punca utama ramai mereka murtad? Persoalan ini hampir sama dengan sikap masyarakat kita yang bergembira dan meraikan kemenangan mahkamah yang melarang Lina Joy daripada menukar nama kepada nama Kristian, walhal hakikatnya dia tetap murtad! Benarkah dengan bersikap defensive sebegini –melarang itu, melarang ini- kita telah berjaya menyelesaikan masalah, berbanding mengambil langkah offensive dengan menggiatkan lagi dakwah, menganjurkan siri dialog antara agama yang boleh saja dijemput pakar perbandingan agama luar Negara seperti Dr. Zakir Naik, Dr. Jamal Badwi dan sebagainya, langkah yang lebih tepat untuk menjernihkan kembali kekeliruan berkaitan agama? Bukankah kegagalan kita menerap dan memperkukuhkan akidah di kalangan umat adalah punca sebenar meningkatnya kes murtad, lantaran kesibukan kita yang lebih menitik beratkan soal fikh hukum, soal politik, soal kepartian, soal bagaimana menyalah gunakan kuasa, lalu kemudiannya kita menyalahkan orang lain semata-mata?

Bukan sahaja masalah sebenar gagal kita selesaikan, kita mencipta pula masalah yang baru, di mana masyarakat non-Muslim pula melihat kita –atau lebih tepatnya melihat Islam- sebagai sebuah agama yang menindas, bahkan masuk campur dan menghalang amalan agama mereka, sedang seharusnya mereka harus kita dakwahi kepada Islam!

Berdasarkan hujah, dalil dan persoalan ini, mungkin pihak yang sewajarnya harus setidak-tidaknya mengambil ia sebagai input, sebelum menjatuhkan hukum yang sewajarnya. Kerana ternyata langkah yang kita ambil lebih membawa kerugian berbanding keuntungan, melainkan ada dalil yang nyata yang menyokongnya. Ingatlah perkataan yang kita sebut ulang dalam solat kita 5 kali shari semalam, bahawa ALLAH adalah Rabbul ‘alamin, bukannya Rabbul muslimin